Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh       : 20 Jun 2013
Masa        : 10.00 pagi
Tempat     : Sungai Pendam (Kumpang)


Pada 20 Jun yang lepas, SK Nanga Aup telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, tema Sambutan hari guru pada tahun ini ialah  "1Aspirasi, 1Agenda" dan sambutan Hari Guru peringkat negeri telah diadakan di kapit.

pada pagi hari yang berkenaan, sambutan hari guru dimulakan dengan acara larian merentas desa. acara ini adalah simbolik untuk menandakan permulaan kepada hari yang cergas dan riang buat semua warga pendidik dan juga murid- murid sekolah ini. Penyertaan adalah daripada tahun 1 hingga tahun 6.

Larian merentas desa ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu untuk tahap 1 (tahun 1-3) dan tahap 2 (tahun 4-6) dengan jarak 1.5 Km untuk tahap satu (pergi dan balik) serta 2 Km untuk tahap 2 (pergi dan balik).

Acara larian merentas desa ini telah dilepaskan oleh Guru Besar SK Nanga Aup, En. Kalim Anak Sempurai.Aktiviti ini bermula sekitar jam 8.00 pagi.






#caption: Murid-murid sedang mendengar taklimat, membaca ikrar sekolah serta membuat regangan badan sebelum aktiviti larian merentas desa bermula.








Setelah aktiviti merentas desa tamat, murid murid dan guru- guru berhimpun di Dewan Sekolah untuk mendengar perutusan hari guru dan juga untuk bersarapan serta jamuan bersama. Setelah tamat aktiviti sambutan hari guru di dewan, murid-murid kembali ke asrama untuk berkemas serta  mengenakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti seterusnya.

Pada pukul 11.30 pagi, guru-guru dan murid- murid bergerak ke sungai untuk  acara "BBQ" bersama exco sarana sekolah serta ahli exco PIBG sekolah SK Nanga Aup.








#caption: Antara guru-guru, staf sokongan sekolah serta Ahli PIBG dan murid-murid yang hadir untuk bersama-sama menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah.







Dalam pada itu, guru besar SK Nanga Aup, En. Kalim Anak Sempurai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru, ibubapa serta murid-murid yang turut sama menjayakan program hari guru peringkat sekolah kali ini. Kata beliau lagi, tanpa bantuan serta usahasama daripada kedua-dua pihak, aktiviti yang sedemikian tidak akan berjalan dengan lancar.






#caption: Antara aksi-aksi guru serta gambar "candid" murid-murid serta kakitangan sekolah dan ibubapa sepanjang aktiviti BBQ di Sungai Pendam.







#caption: lagi aksi-aksi guru serta gambar  murid-murid serta kakitangan sekolah dan ibubapa sepanjang aktiviti BBQ di Sungai Pendam.














#caption: BBQ ayam, daging serta ikan.